Tuan,
Laporan Status Perosak / Penyakit Tanaman Padi
Bersama-sama ini disertakan Laporan Status Perosak / Penyakit Tanaman Padi bagi kawasan berkenaan bagi makluman dan tindakan tuan selanjutnya.
*Peringkat Padi :
1. Semai 2. Pecah Anak 3. Beranak Maksima 4. Bunting
5. Terbit 6. Berisi 7. Masak
Dilaporkan Oleh :
ANIS AMIRA BINTI AMIR
Penolong Pegawai Pertanian G5
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan
Jabatan Pertanian Negeri Kedah
Disemak oleh :
NURHIKMAH FARAHZANA BINTI RUSLAY
Pegawai Pertanian G10 (Fleksi)
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan
Jabatan Pertanian Negeri Kedah
a. Kawalan segera bagi PEROSAK ULAT PENGOREK BATANG KUNING ialah dengan semburan racun PERAWIS seperti :
| BAHAN PERAWIS AKTIF |
CONTOH JENAMA RACUN |
PERUMUSAN | KELAS RACUN PEROSAK |
KOD MOA |
|---|---|---|---|---|
| lufenuron | MATCH 050EC | Pekatan Teremulsi / Minyak (EC) | IV | IRAC |
| spinetoram+methoxyfenozide | PIXY | Pekatan Ampaian / Susu (SC) | IV | IRAC |
Sumber : SISMARP Jabatan Pertanian
b. Baca label pada botol racun dan patuhi arahan penggunaannya.
c. Gunakan racun SERANGGA yang berdaftar untuk tanaman padi secara berselang-
seli dengan racun SERANGGA lain yang berdaftar untuk tanaman padi bagi
mengelakkan kerintangan penyakit terhadap satu jenis racun.
d. Setiap kawalan perlu dilakukan dengan betul mengikut arahan yang disyorkan. Pastikan
keadaan cuaca adalah kering dan tidak hujan semasa dan selepas menyembur racun.
Pastikan langkah-langkah keselamatan dipatuhi.
e. Elakkan menyembur racun serangga sebelum 40 HLT KECUALI serangan telah mencapai
Tahap Ambang Ekonomi ( ETL ) bagi memulihara musuh semulajadi ( MSJ )
f. Kawalan perosak perlulah mengikut Pengurusan Perosak Secara Bersepadu ( IPM )
g. Racun Tidak Berdaftar atau Racun Haram adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
a. Kawalan segera bagi PEROSAK TIKUS ialah dengan semburan racun PERAWIS seperti :
| BAHAN PERAWIS AKTIF |
CONTOH JENAMA RACUN |
PERUMUSAN | KELAS RACUN PEROSAK |
KOD MOA |
|---|---|---|---|---|
| brodifacoum | MATIKUS | Umpan Berbungkah (BB) | IV | RRAC |
| chlorophacinone | BUTIK S | Umpan Berbungkah (BB) | IV | RRAC |
Sumber : SISMARP Jabatan Pertanian
a. Baca label pada botol racun dan patuhi arahan penggunaannya.
b. Gunakan racun TIKUS yang berdaftar untuk tanaman padi secara berselang-seli dengan racun TIKUS lain yang berdaftar untuk tanaman padi bagi mengelakkan kerintangan terhadap satu jenis racun.
c. Setiap kawalan perlu dilakukan dengan betul mengikut arahan yang disyorkan. Pastikan keadaan cuaca adalah kering dan tidak hujan semasa dan selepas mengumpan racun. Pastikan langkah-langkah keselamatan dipatuhi.
d. Pastikan kawasan semak di sekitar sawah dibersihkan dan amalkan menanam padi serentak dengan petak sawah yang berdekatan.
e. Jika terdapat Burung Pungguk Jelapang, elakkan meletak umpan racun tikus di sekitar kawasan tersebut.
f. Racun Tidak Berdaftar atau Racun Haram adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.