Tuan,
Laporan Status Perosak / Penyakit Tanaman Padi
Bersama-sama ini disertakan Laporan Status Perosak / Penyakit Tanaman Padi bagi kawasan berkenaan bagi makluman dan tindakan tuan selanjutnya.
*Peringkat Padi :
1. Semai 2. Pecah Anak 3. Beranak Maksima 4. Bunting
5. Terbit 6. Berisi 7. Masak
Dilaporkan Oleh :
NUR HAFIZA BINTI RASHID
Penolong Pegawai Pertanian G5
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan
Jabatan Pertanian Negeri Kedah
Disemak oleh :
NURHIKMAH FARAHZANA BINTI RUSLAY
Pegawai Pertanian G10 (Fleksi)
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan
Jabatan Pertanian Negeri Kedah
a. Kawalan segera bagi PEROSAK ULAT GULUNG / LIPAT DAUN ialah dengan semburan racun PERAWIS seperti :
| BAHAN PERAWIS AKTIF |
CONTOH JENAMA RACUN |
PERUMUSAN | KELAS RACUN PEROSAK |
KOD MOA |
|---|---|---|---|---|
| lambda-cyhalothrin | KARATE | Pekatan Teremulsi / Minyak (EC) | II | IRAC |
| cartap hydrochloride | TABAA | Serbuk Bancuh / Tepung (WP) | III | IRAC |
Sumber : SISMARP Jabatan Pertanian
b. Baca label pada botol racun dan patuhi arahan penggunaannya.
c. Gunakan racun SERANGGA yang berdaftar untuk tanaman padi secara berselang-
seli dengan racun SERANGGA lain yang berdaftar untuk tanaman padi bagi
mengelakkan kerintangan penyakit terhadap satu jenis racun.
d. Setiap kawalan perlu dilakukan dengan betul mengikut arahan yang disyorkan. Pastikan
keadaan cuaca adalah kering dan tidak hujan semasa dan selepas menyembur racun.
Pastikan langkah-langkah keselamatan dipatuhi.
e. Elakkan menyembur racun serangga sebelum 40 HLT KECUALI serangan telah mencapai
Tahap Ambang Ekonomi ( ETL ) bagi memulihara musuh semulajadi ( MSJ )
f. Kawalan perosak perlulah mengikut Pengurusan Perosak Secara Bersepadu ( IPM )
g. Racun Tidak Berdaftar atau Racun Haram adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
a. Kawalan segera bagi PENYAKIT JALUR DAUN BAKTERIA (BLS) ialah dengan semburan racun PERAWIS seperti :
| BAHAN PERAWIS AKTIF |
CONTOH JENAMA RACUN |
PERUMUSAN | KELAS RACUN PENYAKIT |
KOD MOA |
|---|---|---|---|---|
| oxolinic acid | STANER 20WP | Serbuk Bancuh / Tepung (WP) | III | FRAC |
Sumber : SISMARP Jabatan Pertanian
a. Sentiasa amalkan Amalan Pertanian Baik (APB).
b. Penggunaan varieti padi yang rintang dan bebas penyakit adalah disyorkan.
c. Guna biji padi sihat dan berkualiti pada kadar yang disyorkan 120 kg. biji benih / ha.
d. Musnahkan sumber patogen selepas menuai contohnya seperti sisa – sisa jerami dan perumah sekunder (rumpai).
e. Lakukan penyediaan tanah mengikut pengesyoran (Pembajakan tanah sebanyak 3 peringkat), pembersihan kawasan daripada inokulum bakteria.
f. Elakkan penggunaan baja Nitrogen secara berlebihan. Amalan pembajaan mestilah mengikut kadar yang ditetapkan dan baja unsur N diberi secara 'split application'. Disyorkan buat pembajaan dalam 3 pecahan dos iaitu 50% asas, 25% di peringkat beranak (25 HLT) dan 25% di peringkat pembentukan bulir (50-60 HLT).
g. Tambahkan baja berunsur Silika semasa pembajakan (kadar disyorkan 50-70kg baja bersilika / ha).
h. Penanaman padi secara serentak dapat mengelakkan serangan penyakit secara serius.
i. Jalankan pemantauan penyakit dengan kerap dan berterusan.